Di sini ct nak k0ngsi tips tentang cinta,, huhuhu .. iaitu..::
Memandang si dia , hati terus berlagu riang, perasaan berdebar-debar.
Adakah kamu telah terkena panahan cinta si dia?? Lalu, apakah tanda-tanda yang kamu mabuk kepayang..?
1. Kamu rasakan dia sungguh istimewa berbanding lelaki lain yang pernah kamu temui. Ada sesuatu yang ingin
kamu ter0kai tentang dia.
2. Teringatkan si dia, kamu tersenyum sendirian.
3. Secara sembunyi kamu suka memandang si dia.
4.Apabila pandangan mata bertaut, jantung berdegup kencang.
5. Kamu suka berada dekat dengan si dia. Seboleh-boleh tidak mahu dia hilang daripada pandangan mata.
6. Kamu gemar mengelamun dan gemar menjadi kaki berangan.
7. Diari kamu banyak berkisar tentang dia, dia, dan dia.
8. Kalau dulu kamu gemar mendengar lagu rancak-rancak. Namun, sejak kebelakangan ini , bertukar kepada
lagu-lagu sentimental.
9. Apabila menyentuh penampilan diri kamu jadi cerewet. Kalau boleh kamu tidak mahu dia melihat kamu
selekeh ataupun kelihatan tidak cantik. Tubuh kamu juga sentiasa harum semerbak.
10. Kamu hilang selera makan. Lapar pun tidak terasa.
11. Kamu berusaha mendekati sahabatnya. Mahu mencuri jalan agar dapat mendekatinya.
12. Walaupun kawan kamu membuat lawak jenaka, tumpuan kamu hanya pada si dia.
13. Kamu akan menyimpan SMS daripadanya, walaupun hanya sebaris kata. Jika SMS daripada
kawan-kawan lain kamu akan segera membuangnya tetapi tidak dia.
14. Walaupun hati kamu teruja untuk mendekati si dia, tetapi apabila dia depan mata, kamu buat endah tak
endah . Tetapi apabila dia tiada depan mata, kamu mencarinya.
15. Selain senang mengelamun , Kamu jadi tidak senang apabila melihat dia bersama orang lain. Kamu jadi
marah tiba-tiba , tidak senang dan meradang jika ada orang lain juga memandangnya.
16. Setia menanti si dia menghubungi kamu, walaupun si dia tidak pernah berjanji. Hendak memulakannya
kamu malu..
17. Jika sebelum ini kamu tidak gemarkan sesuatu perkara, tetapi gara-gara si dia kamu jadi suka.
18. Mulut kamu hanya mengatakan teman atau kawan, tetapi dalam hati menjerit lain. Ketika itu, kamu
berazam membuang nombor telefonnya, tetapi sayangnya kamu menghafal nombor telefon itu.
19. Kamu juga gemar membaca novel-novel cinta. Dan membayangkan perhubungan indah itu adalah kamu
dan si dia.
20. Mencatatkan tarikh pertemuan, isi perbualan, dan segala perihal dirinya dalam diari..
..SEKIAN..=)
No comments:
Post a Comment